BUAT  dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam  kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat  kerja laknat. 
Ini yang  diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan  aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku  berzina dengan “kekasih baru.” 
Saya  masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di  rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke  neraka. 
Tazkirah kali ini  ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi  perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama  ada remaja, dewasa atau tua. 
Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat. Di antara akibat buruk dan bahaya terbabit ialah:
1.  Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu  berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari  dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2.  Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang  amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9.  Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang  memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10.  Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati  dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. 
Ini  kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat  kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia  inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk  mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.
11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.
12.  Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka  kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan  keluarga dan keturunan. 
Bahkan,  ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa  besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain  sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan  kemaksiatan yang lain pula.
13.  Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di  samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada  pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14.  Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan  mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang  memeluk Islam selesailah persoalannya.
Tetapi  dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana  walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih  berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya? 
Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa. 
Sekiranya  dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan  sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing  dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak  warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min  dzaalik.
15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.
16.  Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik  lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit  Uhud? Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana  durjana ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar